I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengalaman Saya dalam belajar BM

Salam 1 Malaysia.


Saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa saya belajar Bahasa Melayu sejak kecil. Saya mendapat markah tinggi semasa saya berada pada tahun 1,2 dan 3. Namun, keputusan saya merosot pada tahun 4. Selepas saya membuat refleksi, saya dapati bahawa guru saya telah memberi tekanan bagi saya. Beliau meminta kami membaca sebuah karangan yang panjang dengan 200 patah perkataan. Kemudian beliau meminta kami mencari semua maksud dengan kamus. Beliau akan memberi ejaan daripada karangan itu dengan menyebut maksud dalam bahasa Cina dan kami perlu tulis dalam bahasa Melayu. Saya mengambil masa yang sangat panjang untuk mencari maksud. Pada hari esok, cikgu tersebut memberi amaran bahawa sesiapa yang salah satu ejaan akan dirotan 2 kali. Beliau memberi 40 soalan, saya betul 20 sahaja. Saya telah dirotan 40kali. Tangan saya sangat merah, bengkak dan sakit. Saya sangat benci akan Bahasa Melayu kerana saya dapati sangat susah untuk dipelajari. Keputusan saya semakin merosot kerana saya memang tidak faham apa yang telah diajar oleh guru tersebut.


Pada tahun 1995, saya pindah sekolah ke negeri lain. Guru BM saya sangat garang juga. Beliau meminta kami menulis tulisan dengan tulisan kersis. Saya tidak pelajari tulisan tersebut sebelum itu. Beliau meminta saya menulis 2 kali bagi 20 patah perbendaharaan kata. Saya membuat dengan rajin dan tulis dengan kemas. Cikgu itu marah saya atas sebab saya tidak menggunakan tulisan yang diarahkan. Selepas saya membuat penjelasan, cikgu itu mengajar saya dan saya telah mahir menulisnya dan dipuji oleh cikgu bahawa tulisan saya merupakan tulisan yang paling cantik.


Saya juga berusaha untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun 1996. Kebanyakan orang berpendapat bahawa saya tidak dapat lulus dalam BM saya kerana saya memang lemah. Namun, saya terus berusaha dan selalu menanya cikgu dan dapatkan kelas tambahan dengan cikgu BM saya supaya dapat membantu saya dalam kelemahan saya. Bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah mendapat A dalam pemahaman saya dan B dalam penulisan saya. Keputusan saya telah mengkagumkan rakan dan guru-guru saya. Saya berasa sangat gembira.


Daripada cerita saya, saya harap boleh menggalakkan murid-murid supaya jangan mudah putus asa walaupun kita lemah dalam salah satu mata pelajaran. Jangan benci untuk belajar atas sebab kelakuan guru atau kesusahan yang dihadapi. Saya juga harap dapat memberi dorongan kepada rakan sejawat saya atau guru-guru supaya kita haruslah sentiasa bersikap positif terhadap murid-murid kita. Selalu berfikir cara yang terbaik untuk murid-murid kita supaya memupuk niat untuk belajar. Marilah kita serius dan tegas terhadap tanggungjawab kita sebagai seorang pendidik.


Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment