I made this widget at MyFlashFetish.com.

RPH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( KATA SENDI )
Mata Pelajaran            :           Bahasa Melayu
Kelas                            :           Tahun 2A
Tarikh                           :           18 Oktober 2011
Hari                              :           Isnin
Masa                           :           2.30-3.00 petang
Bilangan Murid           :           32  orang
Tajuk                            :           Kata Sendi Nama
Hasil Pembelajaran   :           Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat :
1.    Mengenali dan memahami penggunaan Kata Sendi Nama – ke/di/dari/daripada/pada.(5/5)
2.    Membaca Kata Sendi Nama dengan sebutan yang betul.(5/5)
3.    Berupaya membuat latihan dengan betul.(6/10)
4.    Mengingati cara penggunaan Kata Sendi Nama melalui lagu yang dicipta oleh cikgu.
                                             
Fokus utama : 9.0 Menyampai maklumat untuk tujuan tertentu               
Fokus sampingan : 9.1 Mengguna kata,istilah,frasa dan rangkaikata secara tersusun

Pengetahuan Sedia Ada         :          
  1. Murid sudah membuat latihan yang mudah semasa tahun 1.
  2. Murid pernah membaca perkataan, ayat yang pendek.

Sistem Bahasa          : Kata Sendi Nama
Kemahiran                  : Bertutur
KBT                             : Kecergasan pelbagai
P. Ilmu                         : Pendidikan Moral/Pendidikan Muzik
Nilai                             : Yakin pada diri sendiri, jujur
BBM                            : LCD Projektor, Lembaran kerja, komputer riba(power point)






LANGKAH / MASA
ISI KANDUNGAN
AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
CATATAN
Set Induksi
(5 minit)













Seni lagu.
(Lampiran 1)
1.    Murid-murid member salam kepada guru.

2.    Guru menggunakan nyanyian untuk menarik perhatian murid.

3.    Guru menyanyi lagu sambil membuat gerakan berdasarkan lirik lagu.

4.    Murid-murid di galakkan menyanyi bersama-sama guru sambil membuat gerakan yang cikgu lagukan.

5.    Guru meminta murid-murid keluar untuk mencari 5 kata sendi nama yang terkandung dalam lirik lagu.

6.    Guru menerangkan kepada murid tentang kata sendi nama yang akan diajar pada hari ini.
Teknik :
Nyanyian dan gerakan

Nilai :
Mendengar arahan, rajin berusaha

BBM :
Senikata lagu dalam bentuk powerpoint.
Langkah 1
(10 minit)

Sila rujuk lampiran 2.
1.    Murid diminta membaca penjelasan/penggunaan yang terdapat pada powerpoint yang disediakan.

2.    Guru menjelaskan cara penggunaan dan menunjukkan contoh ayat.


3.    Guru meminta murid untuk membaca contoh ayat dan cara pengunaan.
Teknik :
membaca

Nilai :
Mendengar arahan



BBM :
jadual power point
Langkah 2
(7 minit)
1.    Membuat latihan yang ditunjukkan dalam powerpoint.
(Lampiran 3)

Memberi galakan dan hadiah.



1.    Murid-murid diminta untuk menjawab soalan yang ditayang melalui powerpoint.

2.    Perbincangan bersama-sama.

3.    Guru memberi galakan kepada murid yang menjawab salah.

4.    Guru memberi hadiah kepada murid yang menjawab betul.
Teknik :
Menggunakan komputer riba dengan baik

Nilai :
Yakin pada diri sendiri

BBM :
Powerpoint
Lcd skrin, projektor
Langkah 3
(3  minit)
1.     Memberi lembaran kerja.

2.     Memberi kebenaran untuk murid pengawas keluar untuk bertugas.

1.    Murid diagihkan lembaran kerja untuk isi tempat kosong.

2.    Guru meminta pengawas mengingati kerja rumah tersebut.

3.    Guru memberi 2 minit untuk murid-murid menjawab sekurang-kurangnya 3 soalan untuk perbincangan.
Nilai:
Rajin berusaha

BBM:
Lembaran kerja

Penutup
(5 minit)

1. Perbincangan
/penjelasan
1.   Murid-murid diminta membaca ayat dalam soalan 1,2 dan 3.

2.   Perbincangan soalan.

3.   Mengukuhkan dan mengingati mereka bahawa apa yang diajar.

Teknik :
Mendengar
Membaca

Nilai:
Berdikari


RPH (LINUS)
Mata Pelajaran   : Bahasa Melayu
Kelas                    : Pemulihan 2J
Tarikh                  : 18 – September – 2011
Masa                    : 2pm – 3pm
Bilagan Murid     : 20 murid
Tajuk                   : Persekitaran Kita
Kemahiran           : Perkataan KV+ KV +KV

Hasil Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat :
1.     Menyebut nama benda dengan perkataan KV+KV+KV yang betul.
2.     Mengeja perkataan KV+KV+KV.
3.     Membunyikan suku kata KV+KV+KV berdasarkan kad suku kata dengan betul.
4.     Menyatukan suku kata menjadi perkataan yang bermakna berdasarkan suku kata KV+KV+KV.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid telah dapat menguasai kemahiran perkataan    KV+KV dengan dapat menyebut, mengeja dan menulis perkataan KV+KV dengan betul.
Bahan Bantu Mengajar : Kad gambar, kad KV+KV+KV , kad manila, lembaran
kerja
Nilai Murni                    : Bekerjasama
Kemahiran Berfikir       : Menghubungkait, pengukuhan , pengayaan,memadankan,
menghubungjalinan, teknik menyebut

Langkah
Isi Kandungan
Aktiviti P&P
Catatan
Set induksi
(5minit)
Sebahagian daripada gambar kereta



1.    Guru memaparkan sebahagian daripada gambar kereta di papan hitam.
2.    Guru memberi murid-murid meneka apa benda yang terdapat dalam gambar tersebut.
3.    Guru mengaitkan dengan pelajaran hari ini, suku kata KV+KV+KV
Kemahiran berfikir: menghubungkaitkan

BBM:
Gambar (sebahagian gambar kereta)
Langkah Satu
(15 minit)
Kad Perkataan dan gambar.

Kereta
Tomato
Kerusi
Bateri
Kemeja




1.    Guru memaparkan gambar kereta , kemeja, kerusi, tomatodan bateri di papan hitam.
2.    Guru membimbing murid-murid untuk menyatakan apa benda yang terdapat dalam gambar.
3.    Guru memaparkan kad gambar dan membimbing murid untuk membaca sebanyak 3 kali.
Kemahiran berfikir:
Menghubungjalinan

BBM:
kad gambar yang berserta dengan perkataan KV+KV+KV

Langkah
Isi Kandungan
Aktiviti P&P
Catatan
Langkah Dua
(10 minit)
Kad suku kata perkataan











1.   Guru memaparkan kad suku kata perkataan.
2.   Guru membimbing murid mengeja dan menyebut suku kata perkataan yang ditulis di kad suku kata.
3.   Guru membimbing murid untuk mengeja sebanyak 3 kali.

Kemahiran berfikir:
Teknik menyebut

BBM:
Kad-kad suku kata





1.    Guru memberi murid–murid memilih gambar secara rawak dan dikehendaki membaca berdasarkan gambar yang telah dipilih.
2.    Guru menyemak bacaan murid mengeja suku kata dengan betul.
3.    Guru memuju murid yang boleh mengeja suku kata dengan jelas dan betul.
BBM:
kad gambar yang berserta dengan perkataan KV+KV+KV

Langkah
Isi Kandungan
Aktiviti P&P
Catatan
Langkah Empat
(10 minit)
Lembaran kerja (lampiran)
1.    Murid-murid diberi lembaran kerja di mana murid-murid dikehendaki menyesuaikan benda-benda di sebelah kiri dengan perkataan di sebelah kanan.
2.    Guru menyemak hasil kerja murid-murid.
3.    Guru memberi kepujian atas murid yang buat betul.

Kemahiran berfikir:
Pengukuhan, menulis
Penutup
(10 minit)




1.    Guru meminta sepuluh orang murid keluar ke depan kelas, lima orang mengambil gambar dan lima orang mengambil kad suku kata perkataan.
2.    Guru meminta murid tersebut cari pasangan berdasarkan gambar dengan kad perkataan.
3.    Guru membimbing dan menilai aktiviti murid.
4.    Murid-murid mengeja dan menyebut perkataan suku kata bersama-sama.
5.    Guru membetulkan kesalahan bacaan murid-murid.
6.    Guru menerapkan kepentingan nilai-nilai kerjasama dalam aktiviti ini.
Kemahiran berfikir:
Pengayaan, memadankan, menghubungjalin

Nilai murni:
bekerjasama