I made this widget at MyFlashFetish.com.

Refleksi RPH

Refleksi RPH (Kata Sendi)
Pada pendapat saya, objektif pengajaran saya belum dicapai. Oleh sebab melalui lembaran kerja murid yang dihantar masih ada murid yang tidak faham terhadap penggunaan kata sendi nama “dari” dan “daripada”. Walaupun kebanyakan murid dapat menjawab dengan betul, namun terdapat murid yang menikam jawapan sahaja.  Kebanyakan murid masih aktif untuk melibatkan diri. Mereka juga berasa hairan terhadap saya mengambil rakaman video. Justeru, mereka sangat aktif untuk menjawab supaya dapat dirakam dalam video. Namun, mereka masih tidak biasa dengan menggunakan Bahasa Melayu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Yakni, terdapat juga murid yang takut untuk menjawab soalan secara lisan.
Saya telah mengubah rancangan pengajaran saya sedikit dalam langkah 3 dan langkah penutup saya. Oleh sebab masalah teknikal rakaman video dan murid-murid saya perlu keluar untuk raptai penyampaian hadiah, justeru masa rakaman saya telah ditunda dari pukul 2.00petang hingga 2.30petang. Terdapat banyak murid pengawas dalam kelas ini, justeru saya terpaksa mempercepatkan sedikit pengajaran dalam langkah 3. Saya telah menyediakan 10 soalan latihan, namun saya hanya mengemukakan 5 soalan sahaja. Dalam langkah penutup, saya juga mengambil masa yang sedikit sahaja. Ini disebabkan waktu rehat telah sampai.
Bantuan tambahan saya adalah harap boleh mengatur masa yang sesuai dengan rakan sejawat saya. Oleh sebab rakan sejawat saya tiada masa lebihan. Justeru, saya perlu merakam video dengan kekuda video sahaja. Saya harap boleh dapat bantuan daripada rakan untuk membantu saya merakam. Bahan bantu mengajar saya juga kurang cukup kerana saya hanya menggunakan ICT sahaja. Sekiranya saya dapat menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat disentuh oleh murid. Contohnya kad-kad imbasan yang dapat dibaca. Perubahan yang saya akan lakukan mungkin ialah saya akan mengubahkan set induksi saya daripada menyanyi kepada permainan. Ini disebabkan murid-murid nampaknya tidak suka untuk menyanyi. Lagu yang dicipta juga tidak digunakan dengan sepenuhnya. Sekiranya saya dapat menggunakan lagu itu untuk memperkukuhkan pengajaran dalam langkah penutup mungkin dapat membantu murid untuk mengingati cara penggunaannya. Saya telah menganalis kekuatan dan kelemahan saya sendiri melalui pandangan dan pendapat rakan-rakan sejawat, murid-murid dan saya sendiri.



Antara adalah kelemahan saya seperti berikut:
No.
Kelemahan
Cara Mengatasi
1.
Bahasa yang saya gunakan kurang fasih.
·         Lebihkan bertutur dengan murid dengan menggunakan Bahasa Melayu.
·         Berkomunikasi dengan cikgu kaum Melayu dan meminta mereka membantu saya mengubahkan kesilapan yang telah berlaku dalam bahasa yang saya gunakan.
·         Lebihkan masa untuk membaca buku rujukan.
2.
Saya kurang memberi senyuman atas sebab saya berasa cemas dan beberapa masalah dan perkara yang berlaku. Kemungkinan besar murid berasa tertekan.
·         Saya haruslah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kejadian yang berlaku.
·         Saya haruslah bersikap tenang walaupun menghadapi sebarang masalah.
3.
Saya kurang berfokus kepada semua murid tetapi sekumpulan sahaja. Ada seorang murid sedang bermain namun saya tidak perhatikan.
·         Saya akan memberi perhatian kepada semua murid dengan bergerak supaya dapat membantu murid yang kurang berfokus.
4.
Saya kurang mahir dalam penggunaan ICT. Rakaman saya tidak dapat menunjuk jelas tulisan power point saya.
·         Mendapatkan bantuan daripada guru yang mahir dan meminta tunjuk ajar daripada mereka.
·         Memperbanyakkan penggunaan ICT untuk berlatih supaya lebih mahir.
·         Membuat persediaan yang mencukupi selalu.
5.
Saya kurang memberi galakan yang secukupnya. Tidak mengambil kesempatan untuk mendorong murid-murid.
·         Saya haruslah peka terhadap suasana dalam kelas dan membantu murid berniat untuk belajar.
·         Alat bantu saya haruslah diperbanyakkan supaya dapat membantu murid lebih berfokus.
·         Menyediakan tanda buku atau hadiah yang kecil sebagai ganjaran kepada murid yang menjawab dengan betul. Saya juga boleh menyediakan jadual permarkahan untuk memotivasikan mereka.
6.
Penggunaan masa yang lemah. Walaupun saya telah merancang namun saya masih kurang mahir mengawal masa dengan baik.
·      Saya harap boleh peka terhadap masa yang telah digunakan.
·      Memberi penjelasan yang ringkas dan jelas supaya tidak membosankan murid dan mengambil masa yang lama.

Antara adalah kekuatan saya seperti berikut:
No.
Kekuatan
Cara penambahbaikkan
1.
Suara saya kuat dan jelas.
·         Saya akan mengawal suara saya supaya apabila bercakap ada intonasi yang lebih menarik.
2.
Saya memberi peluang kepada murid untuk menjawab soalan dengan menggunakan ICT.
·         Powerpoint saya haruslah ditambah dengan bunyi yang lebih seronok bagi murid yang menjawab betul.
3.
Menggabungkan Muzik dalam pengajaran saya.
·         Saya boleh menyanyi dengan cara membuat persembahan untuk menarik perhatian murid supaya mereka akan berminat untuk belajar.
4.
Latihan yang diberi berkaitan dengan pengajaran.
·         Latihan boleh diperbanyakkan lagi. Mungkin 15 hingga 20 soalan.
·         Latihan yang diberi boleh ditambah dengan soalan aras yang lebih tinggi.
5.
Saya memberi peluang kepada murid untuk membaca. Komunikasi dua hala.
·         Saya haruslah memperbanyakkan peluang kepada murid.
·         Membantu mereka membaca dengan lebih bersatu dan dengan suara atau sebutan yang lebih jelas.
6.
Pengajaran saya aktif dan bukan bercakap sahaja. Ada gerakan dan lakonan.
·      Boleh melibatkan murid untuk berlakon.
·      Boleh menggunakan cerita pendek yang berkaitan dengan kata sendi dan meminta murid untuk berlakon.

Refleksi RPH (LINUS)

Kekuatan
            Dalam sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran ini, cara pengajaran yang digunakan agak berkesan untuk murid-murid pemulihan. Sesi pengajaran ini telah melibatkan aktiviti bagi murid-murid untuk membaca dan mengeja sebanyak beberapa kali. Ingatan murid-murid pemulihan adalah sangat lemah. Justeru, mereka perlu mengulangi banyak kali apabila mempelajari sesuatu. Aktiviti yang dirancang ini telah memenuhi keperluan pembelajaran murid-murid pemulihan. Saya telah meminta murid-murid untuk membaca dan mengeja sebanyak beberapa kali supaya dapat mengukuhkan ingatan murid-murid pemulihan.
Selain itu, kad-kad ceraian suku kata juga sangat berguna kepada murid-murid pemulihan. Dengan adanya kad-kad ceraian suku kata ini, murid-murid lebih mudah untuk membaca perkataan tersebut kerana dapat mengeja suku kata perkataan tersebut dengan bantuan kad-kad ceraian suku kata. Ingatan murid-murid adalah bergantung dengan gambar. Justeru, saya juga menggunakan gambar untuk membantu murid mengingatkan perkataan yang diajar.

Kelemahan
Dalam sesi penutup, guru meminta sepuluh orang murid keluar ke depan kelas, lima orang mengambil gambar dan lima orang mengambil kad suku kata perkataan. Guru meminta murid tersebut mencari pasangan berdasarkan gambar dengan kad perkataan. Aktiviti ini telah menyebabkn murid-murid berebut untuk mengambil pilihan tersebut. Disiplin kurang terkawal. Arahan pada masa itu juga kurang jelas.
            Walaubagaimanapun, murid-murid pemulihan tidak mempunyai buku cataan sendiri untuk catatkan perkataan-perkataan yang baru dipelajari. Hal ini telah menyebabkan mereka tidak dapat mengulangkaji pelajaran di rumah dan menjadikan mereka tidak ingat perkataan-perkataan yang baru diajar. Mereka hanya menulis perkataan sebanyak 4 kali dalam buku latihan sahaja.

Tahap kepuasan kendiri        

               Dalam sesi pengajaan dan pembelajaran ini, saya sangat puas hati kerana ramai murid dapat menguasai kemahiran yang diajar. Dengan ini, saya dapat lebih memahami tahap pencapaian murid-murid pemulihan. saya mula dapat merasai perasaan kejayaan walaupun bukan semua murid yang dapat menguasai kemahiran tersebut. Akan tetapi, saya tidak berpuas hati dengan teknik pengawalan kelas saya. Murid-murid masih membuat bising dan menyebabkan murid-murid lain tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas.

Tindakan penambahbaikan

               Sebagai tindakan penambahbaikan, saya akan memikirkan penutup yang lebih baik supaya kesemua murid boleh diberi peluang untuk melakukan aktiviti bersama. Hal ini dapat mengelakkan murid-murid berebut untuk melakukan aktiviti ini.

               Selain itu , saya akan membeli buku 555 kepada murid-murid untuk mencatat perkataan-perkataan yang baru dipelajari supaya mereka dapat mengulangkaji di rumah. Buku kecil berjudul “ Saya budak baik” yang telah dirancang sebelumnya akan bergabung dengan buku 555 supaya mereka tidak perlu bawa 2 buah buku pada masa yang sama.

Aktiviti fokus dan menambahbaikkan ingatan juga akan dijalankan untuk membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan seronok.